Jangan biarkan isteri anda sendirian ke tandas awam. Jadikan kisah saya sebagai teladan

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Jadikan kisah ini sebagai teladan, semoga lebih berhati – hati..

Khamis, 13 Julai 2017. Kejadian berlaku pada adik ipar perempuan aku sendiri semasa isteri dan adik aku dalam perjalanan ke KL dan berhenti berhehat sebentar mahu ke tandas dan beli air minum untuk bekalan semasa di dalam perjalanan nanti.

Waktu lebih kurang pukul 11.30 pagi. Masih siang lagi bro, terang benderang lagi.

Adik aku masuk ke tandas dulu mahu kencing. Di dalam itu ada 4 buah tandas dan dia sudah periksa semua tandas sebab mahu cari tandas yang bersih dan terdapat sebuah tandas yang berkunci dan ada orang di dalam.

Jadi dia masuk ke dalam tandas no. 4, tandas cangkung. Tetiba ada seorang lelaki panjat dari atas tandas itu dan terus terjun dan terkam dia. Masa dia tengah mencangkung sedang buang air besar. Korang bayangkanlah.

Lelaki ini dengan tidak pakai seluar dalam dan hanya memakai baju saja Cuba mencabul dan merogol adik aku. Menjerit-jerit, meronta-ronta dia cuba melepaskan diri. Si haran jadah itu sudah cium dan meraba semua. Adik aku cuba untuk menelefon isteri aku, tetapi tetefon kena tepis dengan mamat haram ini.

Dalam keadaaan bergelut itu, adik aku dapat gigit si haram jadah itu, tetapi di dengna muka tiada perasaan terus juga dengan agenda mahu merogol dia.

Kebetulan, terdapat seorang kakak ini yang terdengar jeritan adik aku di dalam itu. Kakak ini pada mulanya ingatkan aku kena histeria, jadi dia tidak berani mahu tolong. Tetapi setelah mendengar rintihan adik aku menjerit, “tolong..tolong..perogol”, barulah kakak itu pergi mendapatkan bantuan.

Datanglah seorang lelaki ini, mungkin bila si haram ini terdengar suara lelaki di luar, terus menggelabah dia panjat balik ke tandas sebelah. Adik aku pun terus buka pintu tandas itu dan terus berlari keluar, tidak fikir apa lagi sudah.

Dengan muka pucat lesi, adik aku berlari ke kereta, tudung sudah koyak, telefon dan cermin mata sudah entah ke mana. Manakala, suspek boleh selamba ambil seluar dia di dalam tandas no. 2 itu, lepas itu berdiri di tepi tandas.  Siap bagi alasan dia tidak buat apa-apa dan tuduh adik aku salah masuk tandas.

Orang ramai sudah kepung si haram ini sementara tunggu polis sampai. Si haram ini rileks saja, lagi tidak lari pun. Macam tidak bersalah.

Setibanya pihak polis, suspek kemudiannya terus diberkas dan dibawa ke IPD Machang. Suspek ditahan di lokap dan disyaki berada di bawah pengaruh dadah, ataupun gila seks.

Adik aku? Trauma kot bro. Muntah-muntah, menggigil, sampai demam-deman. Luka-luka dan lebam akibat bergelut dan sudah pun ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

Nasib baik si haram itu tidak sempat mahu buat benda yang lebih dahsyat lagi dan sekiranya tidak, pastinya boleh menjejaskan masa depan adik aku sebagai seorang wanita.

Jadi peringatan untuk korang yang sedang membaca artikel ini:

1. Tolong teman adik, kakak ataupun mak korang yang mahu pergi ke tandas di stesen minyak, RnR ataupun masjid. Jangan biarkan mereka pergi sendiriran. Kau bayangkanlah, adik aku yang sudah berusia 20an pun mampu untuk melawan sedikit saja. Kalau mak kita yang sudah berusia? Adik-adik yang baru menginjak usia belasan tahun? Aku tidak tahulah jadi apa.

2. Tolong jangan rasa bersalah untuk capai apa saja untuk dijadikan alat mempertahankan diri. Gayung kah, getah paip kah. Kau buat apa saja yang boleh melemahkan penyerang. Pesan-pesanlah pada ahli keluarga dan kawan-kawan, sekarang ini ramai orang gila, gila yang macam-macam.

3. Tolong besan pada ahli keluarga dan kawan-kawan, jerit untuk meminta pertolongan. Sebut dengan jelas ancaman yang dihadapi. Perogol kah, peragut kah, perompak kah. Penting supaya orang di sekeliling alert. 

4. Minta tolong supaya pengusaha stesen minyak dan pihak berwajib supaya pastikan CCTV berfungsi, senang mahu pantau dan apa-apa berlaku, ada bukti waktu siasatan pihak polis. Lepas itu, ruang pemisah antara tandas itu, kalau perlu, tutup terus atau pasang pagar supaya orang di tandas sebelah tidak boleh masuk ke tandas kita.

5. Tolong sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Kadang-kadang, kita tidak tahu penyerang ini macam mana.

Jadi, pesanan aku ini, tolonglah sampai-sampaikan. Aku tidak mahu korang pula yang menjadi mangsa manusia binatang seperti itu. Nasib tidak mati kena pukul. Mujurlah orang yang ada waktu itu masih waras dan rasional.

Terima kasih jugak kepada orang ramai yang ada di stesen Shell masa itu yang sudah tolong adik dan isteri aku.

Harap pihak polis dapat buat dakwaan terhadap si haram tu sebab aku nak jumpa dia di mahkamah. Semoga kau mendapat balasan seadilnya.


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments