“Bengah Akan Selamanya Pikul Tanggungjawab Jaga Cik Pia Selamanya Laa…”-Bengah Sunting Cik Bunge

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Abang Yang Penyayang. Agak familiar kan ayat ni? Kalau korang pengikut Abang Yang Penyayang ni atau nama Instagramnya, Makhlok Macho mesti korang dah tahu kisah si abang dan adik istimewanya, Cik Pia.

Kisah Bengah dan adik istimewanya, Cik Pia tular menerusi video yang dimuat naik di Instagram. Reaksi netizen terhadap mereka sangat positif!

Ada yang kata kelakar dan ada kalanya menyentuh hati lah pulak. Min pun salah satu pengikut Bengah ni, so memang terhibur!

Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor, 30, diijabkabulkan dengan Nur Mahfuzah Zulkifli, 28, dengan sekali lafaz. Alhamdulillah..

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar di Kedah pada kira-kira 10.30 pagi, manakala majlis persandingan di Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Jalan Yan, Teluk Kechai di Kuala Kedah pada tengah hari.

Penerima Anugerah Personaliti Media Sosial pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) ini menyerahkan mas kahwin RM80 dengan wang hantaran RM10,000 serta sebentuk cincin dan seutas gelang tangan emas.

Bengah menyatakan rasa syukurnya apabila dengan sekali lafaz selamat memperisterikan Cik Bunge. Dengar kata, Cik Pia yang paling gembira sekali harini.

Walaupun bergelar suami sayangnya pada Cik Pia atau Afiatul masih teguh. Aww so sweet! Memang “Abang Yang Penyayang”..

Di bawah min sediakan kapsyen Bengah untuk Cik Pia yang memang sendu habis! Siap-siap tisu semua..

Seribu perasaan gugup, takut, risau, sayu, pilu, huhu… Allah bagi peluang untuk aku bertenang untuk ucapkan satu lafaz sahaja maka… kesayangan Bengah dan seluruh alam ni nampak akad nikah tadi SAH sudahnya Cik Bunge menjadi isteri kepada Abang Yang Penyayang.. 

Dengan sekali lafaz aku dah jadi suami kepada seorang wanita yang dicintai kesayangan alam ni.. dah dah. Cik Pia salam ni muka jebek je dia ingat abang dia tinggal kat masjid ni adik… abang akan selamanya pikul tanggungjawab jaga adik selamanya laa… ramai sayang adik. masjid sayang adik, burung burung sayang adik, kereta myvi baru sayang adik, @de.sophea sayang adik, @flowerbloomy.my sayang adik, @petalistyck sayang adik, @hansmin_official sayang adik.. seluruh alam sayang adik! TERIMA KASIH kepada semua yang memberi ucapan dan doa kepada Bengah sekeluarga dan keluarga baru Bengah! harini aku menangis kegembiraan.. sikit je tak banyak. hero mana takde airmata? hehe.. Bengah nak sambung majlis bersanding ni. Cik Pia jadi flower girl…#AbangYangPenyayang#KesayanganAlam

p/s: Tahniah Bengah dan Cik Bunge! 

Sumber: Mstar Online


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments