“Tiada Niat Sembunyi Kahwin” – Hazwan & Adibah Yunus

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Hazwan dan Adibah semalat bergelar suami isteri.

PETALING JAYA: Pelakon Hazwan As’ari menjelaskan dia tiada niat untuk merahsiakan perkahwinannya dengan pelakon filem Nasi Tangas Adibah Yunus yang berlangsung pada petang Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Hazwan, 28 yang juga adik kepada pelakon Johan As’ari berkata, majlis pernikahan itu berlangsung secara kecil-kecilan diatas permintaan keluarga aktres berkenaan.

“Alhamdulillah, saya selamat menjadi suami Adibah pada petang Jumaat lalu di kediamannya di Jempol, Negeri Sembilan.

“Kami rancang majlis ini sudah lama dan pihak keluarga minta ia dilaksanakan dalam keadaan kecil-kecilan. Hanya keluarga kedua-dua belah pihak dan kawan rapat sahaja yang hadir,” ujarnya kepada mStar Online.

Majlis nikah diadakan secara kecil-kecilan.

Hazwan yang dikenali menerusi filem Puaka Balai Gombak ini menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu apabila dikenalkan oleh seorang rakan dalam sebuah majlis hiburan.

Sementara itu, Hazwan berkata, dia merancang untuk mengadakan majlis persandingan pada awal tahun depan.

“Kita buat yang wajib dahulu, Insya-Allah tahun depan kita akan buat majlis bersanding dan jemput kawan-kawan artis dan media,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang keistimewaan yang ada pada pelakon wanita itu, Hazwan berkata, Adibah seorang yang lemah lebut dan mempunyai ciri-ciri seorang isteri.

Majlis berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan.

Katanya, dia jatuh cinta sejak kali pertama diperkenalkan dengan aktres berkenaan.

“Dia seorang yang lembut dan sejuk mata memandang. Sejak kali pertama bertemu saya sudah jatuh hati. Dia juga pandai mengambil hati ibu bapa saya,” katanya.

Hazwan berkata, Adibah akan meneruskan kerjaya lakonanya seperti biasa biarpun sudah bergelar isteri.

“Saya tidak larang dia untuk terus aktif berlakon, tapi sebagai isteri dia tentu tahu batas yang perlu dijaga,” katanya.

Sumber: mStar


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments