Sepanjang Malam Pertama Dia Cuba Mengambil Kesempatan…

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

GENAP seminggu melayari alam rumah tangga, Datuk Jalaluddin Hassan, 63, masih dalam proses mengenali isterinya, Rapidah Abd Ghani, 44.

Masih lagi tidak mempercayai kerana berpeluang menikmati sekali lagi momen indah yang pernah dikecapi sebelum ini, Jalaluddin menitipkan kesyukuran kepada Allah di atas anugerah yang tidak terhingga itu.

Menurut pelakon versatil ini, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaannya itu sehinggakan malam pertama pernikahan mereka, dia tidak mampu melelapkan mata kerana berasa semuanya seperti mimpi.

Sepanjang malam dia mengambil kesempatan merenung wajah isterinya yang mesra dipanggil ‘Yang’ itu.

Sepanjang Malam Pertama Dia Mengambil Kesempatan…

“Saya tengok wajah dia dalam-dalam ketika dia sedang tidur, tak sangka akhirnya dia jadi milik saya. Bila lihat dia, saya teringat wajah arwah isteri saya, Hashimah Mad Ehsan yang telah meninggal dunia setahun lalu. Hampir 15 minit saya dalam keadaan begitu sehingga tersedar yang di depan saya ini adalah insan lain.

“Dulu masa dengan arwah pun saya buat seperti ini juga sentiasa merenung dia ketika tidur. Tapi kali ini saya mesti terima hakikat yang semuanya sudah berlalu, arwah sudah pergi.

Saya tidak mahu membeza-bezakan antara kedua-duanya sebab hati perempuan mudah terasa. Jadi sebolehnya sentiasa berusaha untuk membahagiakan dia sehingga ke akhir hayat,” tuturnya.

Tambahnya lagi, setelah kehadiran Rapidah, rumahnya kembali ceria seperti dahulu semula. Penuh dengan gelak tawa dan tidak lagi suram.

Malah perjalanan aktiviti sehariannya kembali terurus kerana si isteri mengambil tugas mengejutkannya daripada tidur, menguruskan makan minum dan sentiasa memastikan dia mengambil ubat-ubatan tepat pada masanya.

Wujudkan kumpulan ‘Whatsapp’

Tempoh perkenalan yang singkat di antara dia dan isteri iaitu selama empat bulan sebelum memutuskan untuk berumah tangga bukanlah menjadi halangan untuk kedua-dua keluarga mereka mengenali antara satu sama lain.

Baik Jalaluddin mahupun Rapidah keduanya sentiasa berusaha untuk mewujudkan keserasian diantara kesemua anak-anak hasil perkahwinan mereka yang terdahulu.

“Mungkin kerana anak-anak dan keluarga merestui hubungan ini dan tidak mahu saya bersendirian, mereka menerima isteri dengan terbuka. Tetapi sekarang ini anak-anak saya dan anak-anak isteri masih lagi dalam proses mengenali. Mereka ada wujudkan kumpulan ‘Whatsapp’ baru untuk sesi beramah mesra untuk lebih rapat.

Di awal perkahwinan ini, sebahagian daripada anak saya masih memanggil isteri dengan panggilan ‘aunty’ dan ada juga yang dah mula panggil mama. Biasalah baru-baru lagi jadi semuanya perlukan masa.

Image result for jalaluddin kahwin

Tak perlu terburu-buru. Tapi yang pasti, cucu-cucu saya panggil isteri sebagai nenek,” ujarnya yang mempunyai lapan orang anak sementara isterinya pula memiliki empat orang anak.

Sudah tentulah, Tan Sri Hassan Azhari, 89, merupakan antara insan yang paling gembira ketika majlis pernikahannya baru-baru ini. Malah bapanya itu juga sempat mengalirkan air mata dan menciumnya ketika dia sah bergelar suami.

“Ayah amat berharap agar saya kembali ceria. Saya sangat menghormati dia sehinggakan masa hari pernikahan, saya memberi penghormatan kepada ibu tiri, Maimunah Abd Ghani untuk menyarungkan gelang pada tangan isteri. Biarpun ibu tiri namun saya dah anggap dia sama seperti ibu kandung,” ujar Jalaluddin lagi.

Segalanya teratur

“Semuanya lebih teratur. Bila nak keluar pergi kerja, baju pun dah siap digosok sampaikan saya pergi pasar pun pakai baju yang bergosok

“Dia menguruskan diri ini sebaik-baiknya sehingga saya terfikir indahnya aturan Allah, DIA ambil orang yang saya cinta dan gantikan dengan orang baru yang saling tak tumpah seperti yang lama.

“Kerana itulah tiada perkataan yang dapat diluahkan apabila soalan ini ditanya oleh orang sekeliling. Yang pasti saya bahagia kerana diberi kesempatan sekali lagi bergelar suami.

Saya percaya tiada siapa pun di dunia ini yang ingin melalui hari-hari tua tanpa pasangan dan hidup bersendirian. Ini semua adalah ketentuan takdir,” ujarnya terharu.

Ahad lalu, Jalaluddin sah bergelar suami kepada Rapidah dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras kira-kira jam 10.55 pagi.

Image result for jalaluddin kahwin

Dia dinikahkan oleh abang kepada Rapidah yang juga merupakan penggiat teater, Lokman Abd Ghani di hadapan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Mohd Faisal Mohd Noor, dengan mas kahwin RM300.

Rapidah yang juga ibu tunggal, turut menerima lima dulang hantaran termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000 dan dibalas tujuh dulang hantaran.

Pasangan mempelai kemudian diraikan pada majlis ringkas di perkarangan masjid yang dihadiri kira-kira 100 tetamu merangkumi ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis antaranya Ashraf Muslim, Arash Mohamad dan Den Wahab.

sumber: www.rotipisang.com

Terdahulu, Kerusi Urut Hantaran Nikah Jalaluddin Hassan

PELAKON veteran Datuk Jalaluddin Hassan akan melakukan kelainan dalam perkahwiannnya yang akan berlangsung Ahad ini dengan menghadiahkan kerusi urut sebagai barang hantaran kepada bakal isterinya.

Jalaluddin, 63, berkata, hadiah berkenaan bertujuan untuk kegunaan isterinya, Rapidah Abd Ghani, 44, berehat dan melegakan keletihan sewaktu berada di rumah.

“Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Image result for jalaluddin kahwin

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat,” katanya yang memberitahu kerusi tersebut berharga RM20,000.

Jalaluddin bakal melangsungkan perkahwinan dengan Rapidah seorang ibu tunggal pada Ahad ini di Masjid Bandar Tun Hussein Onn.

Dalam pada itu, pelakon drama Isteri-Isteri Ayah ini berkata, majlis istimewa itu diadakan secara sederhana memandangkan ia adalah perkahwinan keduanya.


Gambar kenangan Jalaluddin Hassan bersama arwah isterinya iaitu Hashimah.

“Kali ini saya tidak akan bersanding, buat yang wajib sahaja iaitu akad nikah di masjid.

“Saya memang berniat untuk membuat majlis ala kadar sahaja sebab saya ni bercerai mati, bukannya bercerai hidup,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jalaluddin turut merancang untuk menziarahi pusara arwah isterinya pada pagi sebelum majlis akad nikah.

Mengulas mengenai persiapan menjelang majlis berkenaan, dia berkata, semuanya berjalan lancar dan diuruskan sepenuhnya oleh anak dan menantu.

Related image

“Sebab majlisnya ringkas sahaja, saya bagi anak dan menantu yang uruskan termasuklah membuat hantaran dan sebagainya,” ujar Jalaluddin.

Pada 9 Oktober, mStar Online melaporkan Jalaluddin sedang dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal berusia 44 tahun yang dikenalinya melalui laman Facebook.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments