“Saya Betul Sakit Hati Kena Raba” – Bung Moktar

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan hari ini meluahkan rasa tidak puas hati di Dewan Rakyat apabila mendakwa sering ‘diraba’ ketika melalui mesin pengimbas di lapangan terbang di negara ini.

Luahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) itu menimbulkan suasana lucu dan menggamatkan Dewan, termasuk wakil rakyat pembangkang.

Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), berkata mesin pengimbas di lapangan terbang dalam negara terlalu sensitif termasuk kepada aksesori pakaian seperti zip dan butang besi.

Katanya, berbeza dengan negara lain termasuk Kemboja yang memiliki mesin pengimbas lebih berkualiti yang hanya mengimbas barang larangan.

“Zip seluar lalu pun berbunyi, butang besi lalu pun berbunyi, sedangkan yang kita cari adalah benda yang benar-benar tajam dan tidak diingini.

“Asal ada besi, dia bunyi, lepas bunyi kena rabalah. Di Eropah dan Singapura, mesin pengimbas hanya sensitif kepada benda yang tidak diingini.

“Mereka (pihak keselamatan lapangan terbang) kata mesin pengimbas di tempat kita paling murah dalam dunia sedangkan lapangan terbang kita harga berbilion ringgit.

“Di Kemboja, mereka negara miskin tetapi lapangan terbang mereka ada mesin kelas pertama, tidak pernah raba-raba sebab tidak berbunyi.

“Di tempat kita berbunyi terus, saya sudah banyak kali kena raba, saya betul sakit hati kena raba, kadang-kadang benda sulit kita pun diraba, saya kata jangan raba… saya tidak tahu bila kita boleh berhenti raba-raba, mana boleh raba sana, raba sini, bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Bung Moktar berharap kementerian berkaitan dapat melihat isu itu dengan lebih serius dan belajar daripada negara membangun dan sedang membangun bagi mengelak lebih ramai penumpang terpaksa melalui pengalaman sepertinya.

“Berhentilah raba-raba, bagi mesin pengimbas berkualiti, hanya berbunyi jika ada bawa benda tajam, pistol, dadah… ini tidak, semua benda lalu, ia berbunyi, berhentilah raba-raba,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) meminta kerajaan menangguhkan sementara kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) daripada RM50 kepada RM73 serta caj levi baharu RM1 yang berkuatkuasa, 1 Januari depan berikutan ketidaktentuan ekonomi.

“Mohon kementerian menangguhkan sementara kenaikan PSC dan caj levi RM1, jika ekonomi baik sedikit, kita pertimbangkan semula… kenapa perlu ada pertambahan kos ketika ini, rakyat susah.

“Walaupun caj levi RM1 kepada pengguna penerbangan tambang murah khususnya akan merasai kesusahan itu. RM1 boleh beli dua bungkus nasi lemak, jika satu keluarga ada enam orang anak, berapa bungkus nasi lemak yang mereka kena beli.

“Satu lagi, apa guna Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), MOT boleh buat kerja sendiri, ada DCA (Jabatan Penerbangan Awam), ada MAB (Malaysia Airports Holding Berhad),” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Gempar! 4 Pelac*r Ini Dilanggan Oleh Bintang Bola Sepak Dunia..

Sudah bukan menjadi rahsia jika kehidupan glamor dan hiburan malam di kalangan pemain bola sepak dunia seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, dan lain-lain. Banyak diantara mereka yang juga gemar berpesta, mungkin untuk meraikan kemenangan maupun sekadar berhibur santai. Ketika berpesta, kehadiran perempuan penghibur atau pekerja seks komersial sudah pasti jadi langganan bintang-bintang bola sepak ini.

Setidak-tidaknya ada 4 wanita pekerja seks yang diketahui sering melayani para bintang kegilaan wanita ini. Mereka pelacur profesional dengan bayaran yang cukup tinggi. Nak tahu siapa sahaja mereka? Nombor 3 kesukaan Cristiano Ronaldo!

1. Zahia Dehar, Gadis Kesayangan Ribery dan Benzema

Pada tahun 2009 yang lalu pemain Perancis Franck Ribery dan Karim Benzema melanggan seorang pelacur untuk melayani mereka sekaligus. Namanya Zahia Dehar berusia 19 tahun. Wajahnya sangat eksotik, kacukan Timur Tengah dan Eropah, bikin Ribery dan Benzema terbuai. Gadis itu bersetuju untuk melayani mereka dan mengaku sudah berusia 19 tahun.

Di Perancis, pelacuran dibenarkan, namun hanya untuk yang berusia 18 tahun ke atas. Terbongkar apabila ternyata Zahia baru berusia 16 tahun saat itu! Ribery dan Benzema terjerat dengan kes itu kerana melanggan gadis bawah umur.

Kelakuan mereka masuk kategori pedofilia lantaran melakukan hubungan seks dengan wanita yang belum dikategorikan dewasa. Ribery dan Benzema pun didenda atas perbuatan melanggar hukum meski keduanya merasa terperangkap dengan penipuan Zahia.

2. Eglantine-Flore Aguilar, Pelacur Kegemaran Mario Balotelli

Pemain bola sepak yang kini bergabung dalam kelab OGB Nice Perancis itu sememangnya dikenali sebagai ‘bad boy’ dan buaya darat. Termasuk rutin menggunakan khidmat pelacur profesional.

Salah satu wanita yang sempat melayani Balotelli bernama Eglantine Flore Aguilar. Dia juga yang membongkar hubungan dirinya dengan Balotelli.

3. Tyese Cunningham, Pelacur dijadikan teman wanita oleh Cristiano Ronaldo

Peristiwa ini bermula pada 2007 saat Cristiano Ronaldo masih di Manchester United. Dia merayakan kemenangan MU dengan rakannya seperti Luis Nani dan Anderson. Ronaldo langsung melanggan 5 orang pelacur sekaligus untuk menghangatkan malamnya.

Salah satu yang menarik hati Ronaldo yakni pelacur bernama Tyese Cunningham. Mereka pun akhirnya rapat dan menjadi kekasih.

4. Jenny Thompson – Pelacur yang rapat dengan Wayne Rooney

Jarang dengar berita negatif mengenai bintang bola sepak dunia ini, ramai peminat Wayne Rooney terkejut mendengar pengakuan seorang pelacur bernama Jennifer Thompson. Dia memberitahu sepanjang Julai hingga Oktober 2010, bekas striker Manchester United ini melanggan Jenny untuk melayani hubungan seks. Malah sesekali Rooney minta bertiga dengan pelacur lain bernama Helen Wood.

Yang mengejutkan ketika itu isteri Rooney, Coleen tengah hamil anak kedua namun akhirnya keguguran. Dari hasil menemani Rooney selama 4 bulan, Jennifer mengaku hamil dan mengatakan itu anak dari Wayne Rooney. Hingga kini Rooney memilih diam seribu bahasa untuk melarikan diri dari kes itu.

Sumber Complex.com, 101greatgoal, The Sun, Dailymail


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments