Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) RM45,000 !!!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
CIRI-CIRI REKABENTUK

Rumah Sesebuah Satu (1) Tingkat
3 Bilik & 2 Bilik Air

KAEDAH PEMBIAYAAN

Tunai
Melalui pinjaman bank/mana-mana institusi kewangan

PAKEJ TAMBAHAN YANG DITAWARKAN*

Penyediaan tapak
Kabinet dapur
Lengkapan almari
Sistem keselamatan
Pagar
Penukaran spesifikasi bumbung

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Warganegara Malaysia.
Berumur 18 hingga 65 tahun*.
Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

TABURAN RMR1M SIAP SELURUH NEGARA (UNIT)
SEHINGGA 31 OKTOBER 2017

 

Harga – RM65K

Subsidi kerajaan – RM20K

Yang perlu dibayar – RM45K

Kalau buat loan 20 tahun – RM150 sahaja tiap bulan

 

Cara-cara untuk anda memohon.

Cara apply rumah mesra rakyat (RMR) 1 malaysia.

1. Wajib ada tanah sendiri

2. Pergi SPNB

3. Ambil borang dan isi.

4. Apply kat SPNB nak design ni. (Kalau nak print gambar ni silakan.) 

Kalau nak apply dan memohon boleh rujuk terus ke SPNB di –> http://www.spnb.com.my/


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments