Ketahui Cara Membuat Masker Anti Penuaan Dengan Tepung Beras

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Perkongsian diambil dari laman FB   Sifu Kitaro :

..dh 2 tahun lebih, sy xpernah guna apa² produk utk penjagaan kulit muka sy…mlm ni sy nk share dgn kwn² produk yg sy buat sndiri utk penjagaan muka…der msa nnt, sy akan share jgk mcm mna sy buat sndiri primer yg kte pakai sblm makeup…

dan jgk spray utk makeup tahan lama hny dgn menggunakan bahan² yg sedia ada kt rumah…mlm ni, sy akan share ngan korang semua, mcm mna sy buat masker utk anti penuaan dan kedut pada muka…korang share jer, xyah mntak izin yer…sy mmg bg utk dkongsikan dgn yg lain2…nk cntik xperlu produk mahal…

Bahan yg sy kacau kt bwah tu

Image may contain: food

2sdb tepung beras + ½ cwn air, sy msak dgn api yg sgt perlahan..xsmpai seminit pn…dh nmpak kental² tu, terus tutup api…kacau smpai nmpak berkilat tu…lps tu, korang msukkan 1sdt glycerine…

No automatic alt text available.

…mngkin ramai xtaw, glycerine ni bkn jer bahan utk buat kek…tp glycerine jgk mampu merawat kulit muka, ‘lock’ kelembapan muka..dan anti penuaan….

..korang boleh simpan dalm plastik elok², simpan dalam freezer…pakai 3 hari berturut² dlm seminggu…leh buat setiap minggu klu korang rajin…sapu jer kt muka mcm masker….

biar smpai kering kt muka(sejam jgk laa)…pastu basuh muka dgn air bersih…xyah basuh muka dgn sabun eh…hilang khasiat dia…kihkihkih…ni btol eh, bkn lawak..

Kredit : Sifu Kitaro

 

Selain itu, baca juga Petua Muka Halus Putih Gebu Dengan Beras Pulut , Rahsia Kecantikan Gadis Siam.

 

MASKER MUKA

Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.

Orang kata amalan mereka makan pulut sejak kecil dan inilah rahsianya. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.

Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Malah MamaAmoi juga dah cuba! Jom tengok apa bahan-bahannya.

Masker Putih Gebu

Bahan-Bahan:

4 sudu besar beras pulut

2 sudu besar Rose Bud

1 sudu besar susu tepung

Sedikit air mawar -Facemist Bunga Kampung Suzy Honey

 

1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.

2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.

3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.

4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.

5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.

6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.

7. Sental kulit  muka dengan perlahan-lahan.

8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.

 

Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut

Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!

Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.

 

Kredit: Siti Zainab

Foto: MamaAmoi


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments