IBU BAPA TERKEJUT, BANYAK ORGAN DALAMAN ANAK ‘GHAIB’ DAN TENGKORAK DISUMBAT DENGAN KERTAS TISU..FUHH NGERI

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

SEORANG pelajar Sekolah Persediaan Akademik Angkatan Tentera ditemui mati dengan beberapa organ dalamannya hilang dan ibu bapanya kini menuntut penjelasan pihak sekolah.

Pakapong Tagang, 18, meninggal dunia pada 17 Oktober. Dia adalah pelajar tahun pertama di sekolah berprestij tersebut yang terletak di Thailand.

Ibu bapanya, Pichet dan Sukanya Tanyakan, memberitahu media pada Isnin bahawa mereka tidak diberi butiran lain mengenai kematian anak mereka.

Paparan skrin dari Amarin TV menunjukkan Pakapong Tagang (tengah) bersama ibu bapanya.

Sijil kematian yang dikemukakan kepada pasangan itu, yang merupakan pelumba profesional nampak mencurigakan dan hanya menyatakan bahawa pelajar berkenaan mati akibat serangan jantung.

Disebabkan timbul rasa curiga, pasangan tersebut melakukan autopsi secara rahsia di Chonburi selepas mayat anak mereka dibebaskan untuk upacara pengebumian.

Walaupun upacara tersebut dijadualkan pada 24 Oktober, pasangan itu membawa keluar mayat anaknya ke hospital tanpa diketahui sesiapa, dengan peti mati mayat dibiarkan kosong di kuil.

Autopsi mendedahkan bahawa jantung, perut, pundi kencing dan otak pelajar lelaki itu hilang dan tengkoraknya disumbat dengan kertas tisu.

Tulang rusuknya juga patah, begitu juga dua tulang leher dan terdapat lebam dalaman di perut dan belakangnya.

Doktor berkata kesan lebam dan tulang rusuk yang patah tidak mungkin berlaku semasa CPR dilakukan tetapi mungkin dipukul sebelum kematiannya.

Ibu bapa mangsa menuntut jawapan mengenai apa yang berlaku kepada anak mereka dan meminta organ-organ yang hilang dikembalikan.

Mereka memberitahu media bahawa anak memberitahu disebabkan disiplinnya teruk di sekolah, dia telah dihukum begitu teruk. -coconuts/Mstar

 

(PICTURE) Mayat Kanak-Kanak Tanpa Organ, Sindiket Penculikan Kanak-Kanak amat Menyeramkan


 
“Mmg seram dan ngeri, gambar 700 mayat kanak-kanak buat ibu bapa resah dan berdiri bulu roma..sindiket setan ini sgt agresif dlm diam..tolong, wajib sebarkan supaya ibu bapa tahu anak mereka bakal menjadi mangsa..sebarkan tanpa henti”

Gambar 700 Mayat Kanak-Kanak Tanpa Organ di Sempadan Thailand-Malaysia Jadi Viral Beri Amaran, Sindiket Penculikan Kanak-Kanak di Malaysia dlm Keadaan Kritikal dan Menyeramkan.

Disturbing images of dead children, allegedly killed by “organ farmers” in the Malaysia-Thailand border went viral online, warning parents never to let their children off their sight lest their young fall victim to these syndicates too.

The images, shared by Facebook user Goh Soo Heng, said that over 700 dead bodies of children were found with their organs being emptied. The images showed children lined up like livestock with cut marks all over them, some being tied up or ‘packed’ into cardboard boxes. The gruesome images suggest these are the work of organ farming syndicates, looking to kidnap children in order to harvest their organs for sale in the black market.

 


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments