“Eden Reti Cakap Nogori Walaupun Eden Duduk Perancis” – Netizen Cair Aksi Kanak-Kanak Ini Cakap ‘Nogori’

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Nama Mek Timoh atau Fatimah yang dilahirkan di Birmingham, United Kingdom mungkin dikenali ramai selepas video kanak-kanak itu fasih ‘kecek Kelate’ menjadi viral.

Terbaru, seorang lagi kanak-kanak mencuri perhatian netizen apabila video kanak-kanak itu bertutur dalam loghat ‘Nogori’ walaupun dibesarkan di Perancis.

Keletah kanak-kanak yang dikenali sebagai Jade ini telah mencuit hati netizen. Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya di Instagram @light.km

“Eden tengah tolong omak den potong timun untuk nasi ayam. Baguih eden kan,” dalam satu video terbarunya.

Tapi bila dia bertutur Bahasa Perancis pula, bertambah-tambah kecomelannya! Sedap saja dengar walaupun tak faham sehabuk!

Rata-rata netizen memuji Jade yang boleh bertutur loghat Negeri Sembilan walaupun duduk jauh beribu batu.

Sumber:kakishare.tv


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments