Anak Akan Jadi Kurang Nakal Jika Ibubapa Selalu Berikan Ciuman Di 4 Tempat ‘Ajaib’ Ini!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

MAK AYAH WAJIB TAHU KAT MANA NAK CIUM DAN GOSOK ANAK-ANAK

Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya. Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak kita dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?

Tu la keajaiban sentuhan dan ciuman!

Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada 4 tempat ciuman dan 6 tempat gosokan yang kita kena hafal.

4 TEMPAT CIUMAN DAN 6 TEMPAT GOSOKAN

1. CIUMAN DI KEPALA ADALAH CIUMAN KEBANGGAAN.

Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2. CIUMAN DI DAHI ADALAH TANDA REDHA.


Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. CIUMAN DI PIPI ADALAH CIUMAN RINDU.


Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.

4. CIUM DEKAT TANGAN ADALAH BILA KITA RASA KASIH SANGAT DEKAT ANAK KITA.

Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu! Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.

Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.

1. Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.

2. Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.

PANTANG LARANG!

Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.

Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!

Baca Zikir Ini Semasa Memasak. Insyaallah Anak Takkan Degil Dan Melawan Cakap Kita..

Orang kata masakan ibu adalah yang paling sedap di dunia. Walau pergi ke hujung dunia sekalipun, seorang anak tetap merindui masakan ibunya sejak kecil walaupun sekadar ikan bilis goreng kicap. Apa istimewanya masakan ibu sehingga tetap diingati hingga ke akhir hayat?

Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu. Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami dan anaknya.

Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Dorongan si ibu memasak bukan untuk mendapat apa-apa tetapi untuk memberi. Seorang ibu dan isteri yang memasak didorong untuk memberi kasih sayang dan mengenyangkan orang yang disayangi iaitu suami dan anaknya berbanding seorang tukang masak yang memasak atas tujuan untuk menerima keuntungan.

Ya, itulah perbezaannya seorang ibu dan tukang masak. Si ibu memasak untuk memberi sedangkan tukang masak memasak untuk menerima (keuntungan).

Bahkan melalui masakan juga, si ibu boleh mendoakan yang baik-baik untuk suami dan anak-anaknya. Ketika memasak, banyak doa yang boleh dibaca untuk kesejahteraan ahli keluarga dan memperbaiki hubungan.

Ibu boleh memohon kepada Tuhan segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak.

Menyedari betapa berkesannya air tangan, anda yang bergelar ibu perlu ambil peluang menggunakan waktu memasak untuk mencipta kesejahteraan fizikal dan mental keluarga.

Ini adalah 11 zikir dan doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh wanita yang bergelar ibu.

1. Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.

2. Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”

3. Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”

4. Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.

5. Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”

6. Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

7. Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

8. Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.

9. Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.

10. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.

11. Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments