Amalkan Minum Air Rebusan Ini Ketika Dalam Rawatan Kanser

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

enyakit kronik sukar dirawati namun ia tidak mustahil untuk disembuhkan.Selain menjaga kesihatan dengan melakukan senaman, amalan minuman dan pemakananan yang betul mampu membantu merawati penyakit ini.

Menerusi perkongsian seorang ibu Puan Nor Hashimah Sulaiman yang juga Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE), beliau berkongsi resipi minuman kesihatan yang dilakukan untuk anaknya, yang kini merupakan bekas penghidap penyakit kanser otak.

AMALKAN MINUM AIR REBUSAN INI KETIKA DALAM RAWATAN KANSER

“Semasa saya menjaga anak dalam rawatan kanser otak (pembedahan, radioterapi dan kemoterapi) saya selalu kebuntuan hendak memberi minuman apa yang sesuai untuk dia minum. Maklumlah kanak kanak memang begitu ditambah pula dengan rawatan yang berat ini.

“Alhamdulillah, kita memohon pada Allah… Diilhamkan pada saya yang sedang termenung di waktu petang 2007 minuman ini. Dia pula suka sangat dengan minuman ini. Air teh hijau, serai dan kurma merah.Alhamdulillah anak saya dah sembuh, namun dia masih suka dengan minuman ini.

Bahan-bahan:

2 batang serai yang diketuk

1 sachet Teh hijau

3 biji kurma merah

1 liter air

Cara Membuat:

Rebuskan kesemua bahan-bahan tersebut sehingga mendidih.

Kemudian, selepas mendidih, ditambahkan dengan gula tebu dan jus lemon mengikut cita rasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan tidak salah mencuba.

Sumber: Puan Nor Hashimah Sulaiman, Pengerusi Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak PPUKM (CAKNE)

 

Selain Itu, Boleh Juga Amalkan Petua Ini Sebelum Tidur, Esoknya Segala Toksin Dan Racun Dalam Tubuh Badan Akan Hilang

 

Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, dan meredakan selsema.

Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan satu sudu air dan masukkan perahan air lemon dan kemudian anda boleh mula minum. Ulangi prosedur ini setiap hari dan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Sumber dari Natural Healing Magazine


Ketahui Juga Manfaat Campuran Bawang Putih & Madu

 

Orang Asia sudah terbiasa dengan aroma dan rasa bawang putih dalam masakan. Boleh dikatakan, dalam hidangan harian seperti sup dan nasi goreng pun kita ada masukan hirisan bawang putih sebagai ramuan manakala ibu-ibu dalam pantang, bawang putih sering dijadikan makanan untuk memanaskan badan sekaaligus ulasmya diselitkan ke dalam telinga untuk mengelak masuk angin.

Untuk pengetahuan semua, banyak khasiat andainya anda mengambil satu sudu campuran madu dengan bawang putih cincang. Ini kerana, bawang putih memiliki ciri antibiotik terbaik untuk tubuh serta sistem badan manusia apabila dikupas dan dicincang.

Ini beberapa manfaat makan campuran madu dan bawang putih ketika perut kosong.

Pulih Masalah Kulit

1. Membunuh bakteria/kuman dalam tubuh

2. Bersifat anti-kulat; justeru amat baik untuk pelbagai penyakit kulit seperti cagu, ketuat, ekzema dan lain-lain

Nyah Toksin, Racun & Bahan Berbahaya Dari Tubuh
 
1. Pulih cirit-birit serta sembelit

2. Bantu mengeluarkan asid urik dari badan

3. Tonik terbaik untuk tingkat imunisasi (daya ketahanan) badan

4. Memelihara hati dan bantu membakar toksin

5. Menyah sengatan racun haiwan berbisa seperti ular, kala jengking, labah-labah dan banyak lagi.

6. Baik juga buat individu yang keracunan makanan

Melawan Penyakit Kronik

1. Pulihkan Diabetes

2. Pelihara tubuh daripada penyakit barah terutamanya kanser usus

3. Baik untuk penyakit paru-paru dan individu yang diserang batuk-batuk

4. Legakan selesema

5. Legakan arthritis (bengkak-bengkak sendi)

Diet Terbaik Untuk Kembalikan Berat Badan Ideal

1. Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh

2. Kombinasi bawang dan madu sebagai bahan mentah adalah petua orang dulu-dulu menguruskan badan

3. Stabilkan tekanan darah dan degupan jantung

Tips!

Bawang putih akan memberi tindak balas yang lebih positif andai ianya diambil ketika perut kosong. Oleh itu, makan satu sudu campuran madu asli dan bawang putih cincang setiap pagi sebelum sarapan.

Cuba amalkan amalan ini selama 7 hari dahulu dan lihat hasilnya.

Sumber : https://www.wanista.com


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments