VIRAL Peserta Clever Girl Ini Jawab Soalan BOCOR. Gadis Ini TAMPIL Jelaskan Cerita SEBENAR !!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

PETALING JAYA 9 Okt.- Finalis program Clever Girl, Shazana Kamaruzaman menolak dakwaan dia menjawab soalan bocor pada episod minggu lalu.

Jelasnya, jawapan yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuannya melalui pembacaan sebelum ini.

Malah kata wakil negeri Selangor ini, sebagai peserta program itu dia menafikan dakwaan mana-mana pihak yang mengatakan dia terlebih dahulu mengetahui jawapan untuk soalan itu walaupun pilihan jawapan yang dikemukakan belum sempat dibaca sehingga habis.

“Memang pada mulanya saya mahu menjawab A tetapi ketika menekan buzzer, jawapan untuk B sudah dibaca. Jadi saya teringat kembali melalui pembacaan saya sebelum ini jawapan untuk soalan itu adalah B.

“Apa yang tular mungkin mereka tidak dengar jawapan B sudah dibaca. Jujurnya memang bidang sastera bukan kepakaran saya.

Sebab itu bila Alif Satar minta saya bacakan kembali jawapan saya tidak boleh ulang sebab tidak dapat ingat dengan betul tajuk sebenar karya Datuk Usman Awang itu.

Menurut Shazana melalui kontroversi ini juga laman sosialnya diserang netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati.

“Saya mendapat banyak komen yang tidak berpuas hati, tetapi ini tidak mematahkan semangat saya. Pengajaran yang saya dapat adalah untuk sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu program realiti ini kembali menjadi tumpuan apabila Shazana menjawab soalan yang diajukan oleh tetamu jemputan Datin Sharifah Shawati dengan betul walaupun belum sempat keempat-empat jawapan dibaca.

Melalui video yang tular tu netizen kembali mempersoalkan ketelusan program ini dalam mencari gadis terpintar di Malaysia.

Sebelum ini seorang bekas peserta program ini Syakirah Mohd. Azam atau Kiera mendakwa program tersebut mengamalkan sikap pilih kasih dan memberikan jawapan awal kepada peserta pilihan.

Kredit : Utusan
Via malaysiatular

Selain Shazana, empat lagi finalis yang akan berentap di pentas akhir Clever Girl Jumaat ini adalah Sara Amelia, Hani Nazrina dan Fadila Zukaira.

Dia Sekarang Sudah Makin Popular, Di Youtube Video Dia Memang Selalu Viral,Siapakah Dia?

Memang menjadi lumrah,apabila seseorang itu sudah menjdi popular dan di kenali ramai,pasti latar belakang mereka menjadi perhatian. Peminat yang sering mengikuti perkembangan mereka pasti mahu tahu asal usul mereka seperti di lahirkan di mana, mendapat pendidikan dari institusi mana dan lain-lain. Gambar selebriti pilihan mereka yang sejak dari kecil juga menarik perhatian dan viral.

Bukan sahaja artis terkenal seperti pelakon dan penyanyi yang mana gambar mereka sewaktu kecil menjadi tular. Malah hari ini mereka yang sukses dalam dunia bisnes dan lain-lain bidang juga mudah mendapat perhatian ramai.

Seperti gambar budak lelaki ini, ia menjadi viral di laman sosial baru-baru ini. Asalnya sebuah akaun di satu laman sosial twitter telah memuat naik gambar itu dan ia telah di like dan retweet oleh ribuan orang.

Bagi anda yang tidak tahu siapakah gerangan budak lelaki yang punya wajah serius ini, dia adalah Ustaz Azhar Idrus. Ketika kecil dia di lihat sebagai seorang anak yang kemas dan pandai bergaya.

Ketika usia remajanya, Ustaz Azhar Idrus banyak mencari guru agama untuk menambah ilmu. Dari situlah dia mampu mengutip banyak ilmu dan pengalaman sehingga boleh melakukan kerja dakwah.

 

Video dakwah Ustaz Azhar Idrus hari ini banyak viral di laman youtube. Walaupun di selitkan banyak teks yang berunsurkan jenaka, namun ada ilmu yang di sampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus  ini.

Selain dari gambar waktu kecil, gambar Ustaz Azhar ketika muda remaja juga pernah tersebar di laman sosial.Ada di kalangan anda yang pernah tonton video Ustaz Azhar tak?

 


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments