Kereta Mewah Bersalutkan Emas Dipercayai Milik Pemuda Malaysia Jadi Perhatian Ramai Di London..

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Kecoh di London tentang identiti misteri pemilik beberapa buah kereta bersalut emas yang dianggarkan bernilai lebih dari $1,000,000.

Kereta-kereta ini telah dilihat dipandu di bandar London sambil mengaumkam enjinnya dan menarik perhatian ramai setiap kali berhenti di lampu merah.

Spekulasi awal menyatakan bahawa pemiliknya mungkin seorang putera Arab Saudi atau anak kepada seorang oligarki Rusia.

Choon adalah sebahagian daripada jutawan yang membina sendiri kejayaannya dalam industri perdagangan Binary Options.

Kereta ‘sport’ milik Choon yang bersalut emas termasuklah Mercedes AMG GT yang dianggarkan bernilai lebih dari $400,000, sebuah Bentley GT3 bernilai $300,000, Rolls Royce Phantom Coupe bernilai $600,000 dan Lamborghini Aventador bernilai $350,000.

Kereta Lamborghini yang sama juga telah dilihat dan dirakam gambarnya ketika ia dipandu di jalan-jalan Kuala Lumpur baru-baru ini, dengan nombor plat yang sama seperti yang dilihat dipandu di London.

Gambar Choon telah diambil di Kuala Lumpur semasa dia memandu dan kemudiannya dipadankan dengan nombor plat kereta sama yang sentiasa menjelajah jalan-jalan di London.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak banyak yang diketahui tentang gelombang jutawan baharu ini.

Kebanyakan mereka memperolehi keuntungan berjuta-juta dengan bekerja dari rumah dan berkongsi rahsia kekayaan dengan kumpulan atau orang tertentu sahaja.

Mereka menjauhkan diri daripada mendapat perhatian dan cuba untuk tidak menunjuk-nunjuk kekayaaan, selain berahsia tentang bagaimana mereka menjadi kaya-raya.

Choon, bagaimanapun, sedikit berbeza apabila menyalut kereta-keretanya dengan emas tulin dan membeli kereta mewah baharu hampir setiap bulan.


Dia mendapat banyak perhatian dan jurugambar kami berjaya merakamkan gambarnya ketika sedang berhenti mengisi minyak di Kuala Lumpur ditemani seorang model muda yang duduk di kerusi penumpang di sebelahnya.

Terdapat banyak khabar angin sejak kebelakangan ini mengenai individu yang mearih kekayaan dengan perdagangan dalam talian Binary Options.

Choon adalah buktinya, kerana dia bukanlah pemuda yang membeli kereta mahal dengan wang bapanya, tetapi hanyalah orang biasa yang memiliki stor perkebunan dan mendapat keuntungan besar dengan Binary Options yang diusahakan sendiri. – Mstar

[KANDID FOTO] Gelagat Comel Tunku Khalsom Sokong Papa Dekat Padang

FORMULA KEJAYAAN JDT ADALAH HUBUNGAN ERAT ANTARA KELUARGA JDT

Hubungan erat Keluarga JDT bukan sahaja melibatkan antara para pemain, pegawai pasukan dan pengurusan tetapi ia turut melibatkan individu-individu penting yang sentiasa berada dibelakang pasukan.

Antaranya adalah seperti hubungan erat antara DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan Mr. Hiroi Koichi, Penyelia Padang JDT. Mr Hiroi berperanan besar bagi memastikan infrastruktur padang-padang milik Kelab Bolasepak JDT sentiasa terjaga rapi termasuklah di Stadium Larkin dan Pusat Latihan Padang Seri Gelam.

DYAM Tunku Mahkota Johor sememangnya amat menitikberatkan mengenai kemudahan dan fasiliti di JDT serta sentiasa mengambil tahu perkembangan keadaan padang-padang JDT dibawah seliaan Mr Hiroi.

Ianya agar fasiliti dan kemudahan tersebut sentiasa menjadi yang terbaik dan mencapai kualiti serta piawaian antarabangsa. Allah Peliharakan Sultan.

 
FRIENDLY MATCH | OCTOBER 9TH, 2017
JDTFC STAFF vs JBFA

 

 

Hidup Johor Demi Johor

#HarimauSelatan

#SouthernTigers

#PermataSelatan

#JewelOfTheSouth

#JDTuntukSemua

#JDTforAll


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments