Mulai Sekarang, Anda Tidak Lagi Perlu Buka Pintu Di Plaza Tol Sekiranya Tangan Tak Sampai Selepas Adanya Stick Touch N Go Ini!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Penggunaan kad Touch N’ Go bukanlah satu perkara yang baru di kalangan pengguna jalan raya di Malaysia terutamanya kepada mereka yang sering menggunakan lebuhraya sebagai jalan utama setiap hari untuk sampai ke setiap destinasi.

Penggunaan kad sebegini boleh dikatakan tersangat mudah kerana dengan hanya sekali sentuh sahaja, anda telah boleh melepasi plaza tol dengan cepat dan mudah tanpa perlu menunggu.

Sumber: Zulkarnain Ahmad Tajuddin/NST

Walau bagaimanapun, masih lagi ada segelintir daripada pengguna jalan raya yang menghadapi kesukaran untuk menggunakannya seperti terpaksa membuka pintu ketika ingin menyentuh alat pengesan kad Touch N’ Go, tidak sampai tangan dan beberapa lagi masalah lain yang berkaitan.

Dek kerana permasalahan begini, ramai di antara mereka iaitu rakyat Malaysia menggunakan idea yang sangat kreatif untuk memudahkan perjalanan mereka ketika berada di plaza tol.

Sumber: Yee Yee

Ada yang menggunakan sudip masakan sebagai cara termudah untuk menyentuh alat pengesan kad.

Sumber: Yee Yee

Ada juga menggunakan alat pemukul lalat seperti berikutnya dengan melekatkan kad tersebut sebagai cara yang lebih mudah.

Sumber: CariGold Forum

Telah ramai pengguna jalan raya menggunakan dua alatan tersebut kerana ia sangat mudah, cepat dan sangat kreatif. Boleh dikatakan ia adalah antara life hack terbaru yang digunapakai sejak kebelakangan ini.

Ia terbukti sangat berguna dan memudahkan pemandu untuk mengesan kad mereka sewaktu di plaza tol.

Ia mungkin kedengaran lucu dan tidak masuk akal untuk menggunakan sesuatu seperti itu. Tetapi ia sebenarnya merupakan kaedah yang sangat praktikal yang telah diuji oleh sesetengah individu.

Masihkan anda ingat dengan rakaman video di bawah yang pernah viral di Facebook pada satu masa dulu?

Kini, anda tidak lagi memerlukan alat pemukul lalat atau sudip masakan kerana stick Touch N’ Go telah pun dijual di pasaran untuk memudahkan pengguna jalan raya.

Sumber: Samantha Leong

Stick tersebut telah direka khas dengan berbagai warna untuk digunakan ketika pengguna jalan raya berada di plaza tol. Cara menggunakannya dengan hanya meletakkan kad tersebut di tempat yang dikhaskan tanpa perlu memikirkan ianya akan tercabut atau rosak.

Sumber: Samantha Leong

Menurut laman Says.com, mereka menjumpa stick yang boleh dipanjangkan dan ianya kelihatan sama seperti selfie stick yang anda sering gunakan untuk mengambil gambar selfie. Memang sangat memudahkan ramai orang.

Sumber: Ec Kids
Sumber: Ec Kids

Berikutnya adalah rakaman video di Facebook yang sangat menarik dengan stick Touch N’ Go ini.

Sekiranya anda merasakan stich Touch N’ Go ini sangat berguna kepada mereka di luar sana, sila kongsikan di wall anda dan sila berikan komen dan pendapat anda.


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments