Jangan Tanam Daun Pandan Sampai Terlalu Merimbun Kerana Tarik Perhatian Ular Berbisa Bersarang

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Sudah menjadi kebiasaan orang dikampung untuk menanam pokok pandan dan biarkan ia merimbun hingga menjadi semak kerana tidak dijaga.

Tahukah anda bahawa suasana pokok panda yang merimbun berkenaan sebenarnya menarik perhatian binatang berbisa untuk jadikan ianya sebagai sarang untuk membiak dan tinggal.

Dikongsikan oleh Puan Salmiah Marzuki di mana beliau telah dipatuk ular berbiasa ditangannya ketika hendak mengambil daun pandan di rumahnya di mana daun pandan berkenaan dibiarkan merimbun di belakang rumah.

41 hari yang lalu…jari saya digigit ular…6hari 6mlm saya menginap di hospital….akibat gigitan ini, sehingga sekarang jari masih tidak dpt berfungsi spt asal….

Bukan ini cerita yang saya nak smpikan tetapi aya ingin berkongsi nasihat seorg doktor agar jangan membela pandan di belakang rumah sehingga terlalu merimbun….

Memadai dengan menanam di dalam pasu untuk kegunaan sendiri (yang menanam untuk tujuan komersial lain cerita ya)…..doktor kata, berdasarkan pengalamannya bertugas di unit orthopedik, banyak kes “snake bite” berlaku ketika di kawasan pokok pandan (termasuk kes saya…hihi)…

Ular memang suka bersarang di celah2 rimbunan pokok pandan…..berhati2 ya semua rakan kebun bandar…

Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

TIPS KESELAMATAN ELAK ULAR MASUK RUMAH

 

1. Bersihkan Halaman Rumah Dan Kebun

iStock-11

Halaman rumah dan kawasan kebun yang penuh semak-samun, penuh dengan rimbunan daun dan tidak terurus mengundang haiwan ini untuk menyelinap masuk tanpa disedari. Apatah lagi sekali pandang, warna kulit ular hampir sama dengan rimbunan daun-daun kering.

Oleh itu, pastikan semak-samun dipotong dan halaman rumah/kebun dibersihkan selalu agar tidak menjadi sarang haiwan berbisa itu.

2. Elak Tanam Pokok Hiasan Yang Lebat Dan Tinggi

maxresdefault

Pokok bunga memang cantik. Tapi, pokok yang berdaun lebat dan tinggi memang menjadi tempat persembunyian yang selesa untuk ular. Begitu juga pasu besar yang diletakkan di luar rumah.

Sebaiknya letak pokok ini di kawasan yang jauh daripada rumah dan sentiasa trim daunnya agar tidak terlalu lebat.

3. Kambus Lubang Yang Dipenuhi Air/Kawasan Berlecak

figure1

Apabila cuaca panas, ular mencari-cari kawasan yang berair untuk menyejukkan badannya. Kambus semua kawasan yang berlubang, berlopak dan berair.

4. Jangan Jadikan Kawasan Rumah Sumber Makanan

article-2487377-1931042800000578-758_634x456

Tikus, serangga dan haiwan peliharaan seperti burung, ayam dan kucing menjaditarget untuk ular menjadikan kawasan anda sebagai sumber makanan.

Sebaiknya, letak sangkar haiwan dalam rumah dan pasang jerat untuk menangkap tikus yang berkeliaran.

Elak juga meletakkan makanan kucing di luar rumah kerana ia menggalakkan kedatangan haiwan ini.

5. Tutup Semua Lubang Di Kediaman

floorregister01-2

Ular mudah menyelinap masuk melalui lubang. Jika ada kawasan berlubang meskipun kecil, pastikan ditutup dan dibaiki untuk mengelakkan daripada ular masuk terutamanya di bahagian dinding, pintu dan tingkap.

6. Bina Pagar Di Keliling Rumah

taman-rekreasi-gunung-lang-ipoh-tempat-menarik-perak

Ia dapat menghalang kemasukan ular ke dalam kawasan kediaman. Pasang juga jaring di tingkap dan pintu untuk mengelakkan daripada dimasuki.

7. Pasang Perangkap

perangkap-ular

Jika anda suspek terdapatnya ular di kawasan berhampiran, anda boleh pasang perangkap dengan menjadikan tikus sebagai umpan.

Bagaimana Jika Terjumpa Ular Dalam Rumah/Bilik?

  • Kurungnya dengan menutup pintu dan letakkan kain di bawah pintu untuk elak ular keluar
  • Jauhkan anak dan haiwan peliharaan dari kawasan tersebut
  • Hubungi bomba untuk dapatkan bantuan
  • Bagaimana Jika Terjumpa Ular Di Luar?

  • Sembur dengan air sehingga ia lari
  •  Buat bunyi bising seperti menghidupkan kereta atau mesin rumput
  • Awas! Jangan Sesekali Bertindak Sendirian, Kecuali Dalam Keadaan Terdesak

    ular-1

    Jangan sesekali menangkap ular tanpa pengawasan mereka yang profesional. Meskipun ia hanya sekadar anak ular atau tidak berbisa, jauhkan diri anda daripadanya.

    Jika sempat, ambil gambar untuk rujukan pakar. Elak guna ‘snake repellents’ yang ada di pasaran kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anak kecil dan haiwan peliharaan jika tidak digunakan dengan betul.

    Segera dapatkan rawatan jika dipatuk ular. Jangan panik dan berhenti lakukan sebarang pergerakan. Jika boleh, kenalpasti bentuk dan warna ular untuk memudahkan doktor memberi rawatan yang sesuai.


    Lagi Heboh

    Loading...

    Comments

    comments